Followers

Friday, July 2, 2010

Buah CoKKoK (apa Ni ek)

Setiap negeri ada loghat tersendiri...sebagaimana yg korng tau kat TRG ni loghat kitaorng banyak yg ada huruf G, bukan sahaja loghat tp panggilan bg sesuatu benda juga berlainan..contoh nya klu korng panggil gula-gula (sweet) tp kitaorng panggil cekelat, cekedis (jajan),gobok (almari) macam2 lagi la (next en3 la ek), 
hari ni aku nak kongsi cerita pasal buah cokkok atau nama saintific dia Gnetum Gnemon atau nama standard orng Malaysia kita panggil buah Melinjau...yg aku perhatikan pokok cokkok ni tak semua tempat ada tau...klu kat kg aku ada pokok tu..sekali berbuah merah atas tanah sbb buahnya terlalu banyak..


buah cokkok ni banyak cara boleh kita masak tau..boleh digoreng cam tu je..pas tu pakat makan ramai2 atas gerai (pangkin) petang2 hari..atau pun sambil tgk TV..mmg best..

yg mn yg dah digorng tp tak abis tu boley di campurkan dalam bubur cha cha...tp sebelum masukkan kena la tumbuk skit dgn alu lesung..sedap gilew tau rasanya bila dah bercampur ngan bubur cha-cha ni..

Tp yg paling glamer sekali di buat kerepek...keppek buah cokkok (kerepek melinjau) walaupun rasanya ada pahit skit2 tp bila dah mkn mesti tak nak benti..sedap...so bagi sesiapa yg bertandang ke TRG jgn lupa beli keppek cokkok ni tau..kat pasar payang,, pasar-2 sekitar TRG, gerai tepi jln biasanya ada product ni.. 
ini la rupa keppek cokkok ni sblm digoreng


ni pulak setelah di goreng, klu nak best lagik tabur sedikit gula aising kat keppek cokkok ni (budak2 suka la mkn camgini sbb kurng rasa pahitnya)

klu korng nak tau lagi daun pokok cokkok ni boleh digunakan unt bungkus tapai pulut (kat TRG kami guna daun getah or jambu air or cokkok ni..kat luo banyak aku tgk guna daun pisang) lagi satu pucuk pokok ni boleh digunakan dlm masakan contohnya masak lemak n bubur lambuk.

kenali TRG... pasti terkorek banyak benda yg korng tak sangka so rajin2 la bertandang kat sini aku pasti akn korek lagi info unt korang.

3 comments:

Anonymous said...

kopok ni pahitt...hehe

dyea irdina said...

pahit tp sedap

Azin Shah said...

prnh mkn kerepeknyer..tapi rase pahit ceket...