Followers

Wednesday, June 30, 2010

BeSTttTT..SepaNjAnG JaLLanG Di TRG ParT 2

Sekarang kita teruskan cerita sepanjang jalan kita sebagaimana aku janjikan ari tu (klik sini unt part 1 punya cerita)
bab lepas kita dah cerita ceritu pasal dari Kemaman sampai Marang..so ari ni aku nak sambung lagik dr Kuala Trg sampai ke Besut pulak.
Kuala Trg (aku berasal dr sini..kg Bukit Tunggal) sebagaimana korng tau ini la Ibu Negeri TRG, perjalanan kita bermula dr Marang....melepasi Marang korang akan masuk ke Chendering, perjalanan yg tak akan pernah korng borink sbb pemandangan pantai yg teramat cantik di depan mata..ha..disini ada lagi tempat menarik unt korng berenti betulkan urat2 yg letih selepas memandu tu kan..Dii Kuala Ibai, disini terdapat dua tarikan yg pasti korng suka..

Masjid Terapung (Masjid Tengku Tengah Zaharah)

dan Lagun Kuala Ibai..

sebagaimana yg korng tau pasal Masjid ni adalah keunikkannya manakala Lagun Kuala Ibai pula adalah tempat berehat sambil cuci mata melihat pemandangan indah..berhenti disini untuk menunaikan kewajipan pada yang esa dan selepas tu boleh bersantai rehatkan badan..klu ada terbeli keropok lekor di sepanjang perjalan tadi boley la mkn2 kat sini diiringi angin sepoi2 bahasa (depan skit selepas trafic light ada gerai ke'pok lekor 007..best ke'pok dia tau)


4 KM dr Kuala Ibai korng akan sampai ke Kuala TRG, Bandaraya ditepi pantai...Pantai Batu Buruk, Dataran ShahBandar, Pasar Payang ini adalah antara tempat menarik unt korng jelajah...


Pantai Batu Buruk adalah satu tempat riadah (tp tak bley mandi tau kat situ..bahayer...nak mandi nanti aku rekemen pantai2 lain) klau nak bermalam kat sana pun ok jugak..banyak hotel(en3nya nanti aku buat)  di sekitarnya,,,dipantai ini juga terdapat gerai2 menjual keropok gorng, pisang gorng, dan pelbagai mkanan unt korng jamah sementara menikmati pemandangan laut yg tak berpenghujung...klu nak mkn yg berat pulak boleh ke kawasan medan selera yg terletak disitu..macam2 ada la..unt kanak2 mmg dorng suka datng sini sbb ada playground yg best...biasa la anak aku pun klu p sana tak nak balik...

Dataran ShahBAndar pulak berada berdekatan dgn pasar Payang, suasana taman dlm bandar..cantik suasana kat sini tak kira siang malam..klu nak memancing boley jugak kat sini sbb dataran terletak dimuka kuala (pertembungan antara sungai dan pantai),
 jetty ke Redang terletak di shahbandar ini, juga  didepan Taman ini terletaknya  

Istana Maziah 
dan  
 Bukit Puteri (tempat bersejarah En3nya nanti ek)


Pasar Payang pulak mesti dah korng biasa dengar sbb ini adalah salah satu ikon TRG..perbagai barangan terdapat disana, 
batik,songket, sutera, tembaga, kraftangan, makanan tradisi, telor penyu, pakaian, barangan basah, sayur sayuran, buah-buahan, keropok lekor/keping, serunding...macam2 la ada..setenggah hari pun tak abis pusing lagik...
yg terbaru dekat pasar payang tu aku tgk dah ada bangunan baru yg cantik yg dinamakan bazar warisan, juga tempat unt membeli belah or window shopping sahaja pun tak pe..tp seni binanya mmg cantik berseni...bangga menjadi orng TRG yg mn banyak seni dlm ukirannya...
 dan for the best pengalaman acu try test naik bot nambang (penambang) dr Pasar Payang ke Seberang Takir

Alamak...dah panjang berjela dah en3 ni..so terpaksa la aku post dlu..maka akan ada la part 3 pas ni unt perjalanan dr Kuala Trg ke Besut la pulak...so wait okeh...TRG cantik pasti tertarik..datang dulu baru tau..

2 comments:

Botak said...

kopok lekor 007...
james bond buat ke?
hehehehe... :D

dyea irdina said...

Cik Azizul..saya rasa la james bond buat stall ni unt masa depan dia bila dah bersara..hehehhe