Kat TRG ni tempat paling banyak kali aku pergi tapi tetap tak pernah puas adalah Tasik Kenyir...terlalu cantik, tenanggggg....mmg seronok gilew p Kenyir..apa yg best kat sana?
1. Tasiknya
2. Air Terjunnya
3. Memancing
4. Riadah
5. Camping/jungla traking
6. Tengok ikan...hehhehe
7. Adventure activities (4X4,Motorcross)
8. Gua unt diterokai
Kenyir terletak di Hulu TRG (sblm ni aku ckp Hulu TRG tak de pantai..tp ada Tasik yg cantik tau) dari Kuala TRG perjalanan mengambil masa lebey kurang sejam..masa sekolah2 dlu aku sempat 3 kali camping kat sini..mmg best gilew..tak ley nak bgtau camner bestnya..
korng mesti tau kan kat Kenyir ni ada empangan...Sultan Mahmud Hydro Electric Power Station..
empangan buatan manusia yg akhirnya menjadi sebuah kawasan pelancongan yg terkenal..disukai oleh kaki pancing, pengemar adventure, reakrasi dan perbagai aktiviti lain..
Jgn Terkejut tau kat kenyir ni ada 14 belas air terjun..seperti Lasir , Tembat, Saok, Pertang (ini antara yg ter glamer la)
Jgn Terkejut tau kat kenyir ni ada 14 belas air terjun..seperti Lasir , Tembat, Saok, Pertang (ini antara yg ter glamer la)
unt pergi ke air terjun ni korng kena naik bot...kat jetty (pengkalan GAwi) banyak bot menanti, pilih dan bayar tambang ajer...air terjun yang bersih dan natural...kenapa? sbb air terjun kat sini terjaga dan mungkin unt ke sana terpaksa menaiki bot maka tak de la menerima kunjungan yg terlalu ramai so air terjun kat siini bersih dan cantik sgt. (air terjun kat sini diibaratkan cam anak dara la suci murni lagik).malahan kita boley mandi tanpa ganguan privasi sbb tak ramai pengunjung dlm satu masa..jd rasa berbaloi la bayar bot unt kesana..
malahan klu korang nak bermalam kat sana korng boleh bermalan di chalet2 dan resort2 berhampiran..banyak resort terapung dibina tau...
korng jugak ley memancing dgn menyewa bot atau pun pergi kepulau2 untuk memancing..mmg syurga bg kaki pancing kat sini sbb ikannya mmg besar2..malahan Kenyir juga adalah Lubuk ikan Tapah
cerita pasal besar2 dan ikan...selain ikan Tapah Kenyir terkenal dgn ikan Tomannya..
aku sendiri pernah tgk dpn mata ikan Toman yg teramat besar,(sebesar kambing gitu la) pakcik tekong bot tu cakap Toman kat kenyir besar sbb adakala monyet2 kat tepi tasik tu pun dia ngap...tp dont worry kat sini selamat ikan2 kat sini terlampau besar sbb banyak hidupan lain didasar tasik unt mereka makan..
Ada juga penternakan ikan dlm sangkar unt korng lawati kat sini.. Bagi yg nak camping or jungle traking, sila dptkan kebenaran Jabatan PErhilitan dlu...hutan kat Kenyir ni besar, Pulau banyak, Sungai bercabang2..mmg banyak khazanah yg korng ley jumpa..perkampungan orng asli, flora fauna, binatang hutan dan mcm 2 lagi la...percayakah korng lepas mandi air di Kenyir ni rambut korng jd lembut je....hehehhehe sbbnya air kat Kenyir ni air yg bersih dan mengalir dari sumber yg tak tercemar
Jika datang dgn keluarga boleh la korng beriadah kat sini..banyak aktiviti boleh dilakukan..unt kaki Golf pun boley main Golf kat sini...
Klu nak bercerita sepenuhnya pasal Tasik Kenyir ni dua or tiga EN3 tak abis ni..sbb terlalu banyak yg best ada di Kenyir...so korng boley ke sini unt maklumat selanjutnya, so ulasan serba sedikit yg aku bagi ni diharapkan dapat lah memberikan serba sedikit info unt korng ...so apa lagi jom rancang percutian ke Kenyir.... sekali datang mesti teringat ingat dan hati korng mesti meronta ronta nak pergi lagik..jom...KENYIR
No comments:
Post a Comment