Followers

Thursday, July 29, 2010

MuziuM LoSoNg, TRG

Kalau ke TRG satu tempat yg aku nak rakemeng kat korng supaya pergi adalah Muzium Losong, muzium ni terletak di Losong, Kuala TRG..

jgn ingat ada keropok lekor je kat LOsong ni tp ada satu khazanah yg perlu korng lihat...ini adalah antara khazanah yg ada disana
bukan setakat benda2 bersejarah ada kat sana tau tp senibina muzium ini teramatla tradisional dan menarik..tradisional dlm moden sbb muzium ni berrekabentuk tradisional tetapi dibuat dgn konkrit...

aku pun dah tak terkira berapa kali pergi kat sana sbb aku suka dgn suasana kat sana..selain seni bina yg cantik ada juga rumah2 tradisional yg di dirikan kembali di kawasan ini dan dijadikan muzium..

malahan suasana disini membuatkan korng tak rasa pergi muzium..rasa ada dlm taman tepi sungai..korng boley berkelah lagi kat dlm ni..sbb suasana santai dan redup,, dikelilingi pokok yg perbagai, malahan lokasi disebelah sungai juga membuatkan korng tak terasa yang korng dah lama kat situ sambil melihat tinggalan sejarah, boleh menenangkan minda dan menyaksikan panaroma alam...

masa aku kecik-kecik aku selalu pergi ke muzium ni menaiki bot penambang, masa tu tambang RM0.50 je pas tu nanti angkut beskal sekali naik bot tu sbb nak jln2 kat muzium ni agak besar jugak kawasannya..sekarang ni aku tak pasti bot penambang tu  msih beroperasi ke tak (penambang dari Kg Bukit Tok Ris ke Losong)
Untuk kesini selain memandu sendiri korng juga boleh menaiki bas bandar (bas cas ligas) yg mn korng boleh ambil kat Taman Shahbandar..
dgn bayaran seringgit korng boleh ke muzium losong tanpa susah2 nak pk nak lalu jalan mana...

so unt merasai pengalaman menarik dan melihat sejarah kita maka jangan lupa singgak ke Muzium losong, TRG 


korng boley rujuk waktu lawatan dan tiket masuk kat bawah ni..dan jgn lupa pergi tau melihat khazanah bangsa dan menikmati panorama indah di Muzium Losong.

 untuk maklumat lanjut boley la klik sini

No comments: