Followers

Thursday, July 29, 2010

MuziuM LoSoNg, TRG

Kalau ke TRG satu tempat yg aku nak rakemeng kat korng supaya pergi adalah Muzium Losong, muzium ni terletak di Losong, Kuala TRG..

jgn ingat ada keropok lekor je kat LOsong ni tp ada satu khazanah yg perlu korng lihat...ini adalah antara khazanah yg ada disana
bukan setakat benda2 bersejarah ada kat sana tau tp senibina muzium ini teramatla tradisional dan menarik..tradisional dlm moden sbb muzium ni berrekabentuk tradisional tetapi dibuat dgn konkrit...

aku pun dah tak terkira berapa kali pergi kat sana sbb aku suka dgn suasana kat sana..selain seni bina yg cantik ada juga rumah2 tradisional yg di dirikan kembali di kawasan ini dan dijadikan muzium..

malahan suasana disini membuatkan korng tak rasa pergi muzium..rasa ada dlm taman tepi sungai..korng boley berkelah lagi kat dlm ni..sbb suasana santai dan redup,, dikelilingi pokok yg perbagai, malahan lokasi disebelah sungai juga membuatkan korng tak terasa yang korng dah lama kat situ sambil melihat tinggalan sejarah, boleh menenangkan minda dan menyaksikan panaroma alam...

masa aku kecik-kecik aku selalu pergi ke muzium ni menaiki bot penambang, masa tu tambang RM0.50 je pas tu nanti angkut beskal sekali naik bot tu sbb nak jln2 kat muzium ni agak besar jugak kawasannya..sekarang ni aku tak pasti bot penambang tu  msih beroperasi ke tak (penambang dari Kg Bukit Tok Ris ke Losong)
Untuk kesini selain memandu sendiri korng juga boleh menaiki bas bandar (bas cas ligas) yg mn korng boleh ambil kat Taman Shahbandar..
dgn bayaran seringgit korng boleh ke muzium losong tanpa susah2 nak pk nak lalu jalan mana...

so unt merasai pengalaman menarik dan melihat sejarah kita maka jangan lupa singgak ke Muzium losong, TRG 


korng boley rujuk waktu lawatan dan tiket masuk kat bawah ni..dan jgn lupa pergi tau melihat khazanah bangsa dan menikmati panorama indah di Muzium Losong.

 untuk maklumat lanjut boley la klik sini

Tuesday, July 27, 2010

Cekelat Nissang

KEcik2 dlu aku cukup suka mkn cekelat nissang ni...ops lupa nak kenalkan..cekelat dlm bahasa TRG adalah gula-gula mat salih pulak panggil sweet/candy, manakala nissang ni adalah manisan ala2 gula melaka (rujuk En3 ni), so bila digabungkan ini adalah gula2 yang dibuat dari gula kabung (nissang)
cekelat nissang ni diperbuat dari nissang, satan (santan),
gandung (gandum), kacang jawa (kacang tanah), garang 

(garam), dimasak dan diuli kemudian dipotong kecik2 

seperti gula2 lain dan digaul dgn tepung dan dibalut 

dgn kertas minyak or kertas kaler2

 
sgt sedap dimakan sbb gabungan nissang dan kacang 

tanah mmg  memberikan satu rasa dan aroma tersendiri 

dan best..lepas satu-satu makan tak sedar dah mkn 

banyak...


korng boleh dapatkan produck ni di mana-mana ajer kat 

TRG ni tak kira kat kedai ke, pasar-pasar ke, gerai-gerai 

tepi jalan mmg ada jual cekelat nissang ni..
datang TRG mesti beli tau..buat makan-makan sambil 

jln2 atau pun sebagai buah tangan.


Monday, July 26, 2010

ShoPpiNg MaLL D'TRG

Yezza.......klu g jenjalan mesti shopping moping ada dlm senaraikan..tipu la klu ckap tak pergi...hehehehehhe terutama kaum wanita kiter...
 okeh kita bercerita pulak pasal Shopping Complex Yg ada kat TRG ni unt memudahkan korng pergi klu datang ke TRG.
tp korng jgn terkejut klu tgk Shopping Mall kat TRG ni tak la seGAh kat negeri2 lain..lagipun sebagaimana korng tau negeri TRG ni adalah destinasi perlancongan yang lebih kepada alam semulajadi, tradisi & makanan maka untuk mencari IKEA ke SoGo ke One Utama ke tak dapat la kat sini..
 Tp ini la yg bagus sbb tak de la kuokan budget yg lebih unt bershopping sakan..hehehhe..

bermula dari Kemaman kita ada City Mall..terletak ditengah2 Bandar Chukai Kemaman,

dah sampai Kerteh Kita Ada MEsra MAll...Gah di tepi jalan menuju ke Kuala TRg so mmg tak susah nak carik

Sampai Kuala TRG baru kita jumpa banyak skit Shopping MAll ni almaklum la Pusat bandarkan...kita ada Astaka di Komplek Taman Selera Tanjung, Jalan Sultan Zainal Abidin The Store berhampiran Kg Cina, Hock Kee Seng Di tengah2 bandar, Giant & Maydin Mall di Jalan Padang Hiliran, Chabang 3  dan Sabasun berhampiran JPJ Kuala TRG

so boley la korng rancang2 untk pergi bershopping..tp untuk mendapatkan barangan tradisional dan cenderahati bukan kat sini ek yg tu di lain EN3...

Friday, July 23, 2010

Cinta Satey...satey satey JABi

Kalau kat Key El n Selangor orng dah kenal sgt dah dgn Sate Kajang..tp kat TRG ni cuba la korng try test rasa Sate Jabi...Jabi tu bukan sejenis binantang tau, tp nama tempat..di Daerah Setiu TRG...
 
apa yg specialnya..semestinya kuah sate yg secukup rasa dan best sesangat
kena pulak cicah sate bertemankan nasi kapit (nasi himpit)
 
sahabat baik satay si timun dan bawang
 
dan yg paling penting............dibakar menggunakan arang...wangi semerbak baunya...sedap rasanya..sebab tu la satay Jabi ni sentiasa diingati..bak kata orng2 tua sekali rasa teringat sampai bebila..

so kalau korng dr Kuala Trg dlm lebey kurang sejam lebih la untuk sampai ke Jabi.pas tu boley la g berjalan2 kat Besut..g Lata Tembakah (air terjun), Air Panas LA, pekan Jertih, Kg Raja (next En3 key!!)

Monday, July 19, 2010

Nis-sang kErek

Oiiits bukan aku kata korng kerek tau...dan bukan aku bercerita pasal kereta Nissan..so cerita ini adalah berkenaan dgn sejenis manisan tradisi TRG. klu Melaka terkenal dgn gula MElaka..kita plak ada Nis-sang kerek
Digunakan dlm masakan, kuih muih, minuman, malahan sedap diratoh (mkn) begitu sahaja, penggunaan nis-san ni membuatkan masakan kita lagi kow dr guna gula...

Kerek tu pulak adalah acuan nis-sang tu.. kerek biasanya dibuat dari mengkuang
Nis-sang ni plak dibuat dari nira kelapa..dimasak hingga likat dan dimasukkan kedlm acuan.
 kat TRG ni korng boley dapatkan Nis-sang ni kat mn2 je kat pasar, gerai2 tepi jln, kedai2..mesti ada jual nis-sang ni..mesti beli tau..boley dibuat buah tangan dan digunakan unt kegunaan sendiri...asli dan membuatkan hidangan anda bertambah sedap...

Thursday, July 15, 2010

AmaZinG KenyiR...

Kat TRG ni tempat paling banyak kali aku pergi tapi tetap tak pernah puas adalah Tasik Kenyir...terlalu cantik, tenanggggg....mmg seronok gilew p Kenyir..apa yg best kat sana?

1. Tasiknya
2. Air Terjunnya
3. Memancing
4. Riadah
5. Camping/jungla traking
6. Tengok ikan...hehhehe
7. Adventure activities (4X4,Motorcross)
8. Gua unt diterokai
Kenyir terletak di Hulu TRG (sblm ni aku ckp Hulu TRG tak de pantai..tp ada Tasik yg cantik tau) dari Kuala TRG perjalanan mengambil masa lebey kurang sejam..masa sekolah2 dlu aku sempat 3 kali camping kat sini..mmg best gilew..tak ley nak bgtau camner bestnya..
 korng mesti tau kan kat Kenyir ni ada empangan...Sultan Mahmud Hydro Electric Power Station..
empangan buatan manusia yg akhirnya menjadi sebuah kawasan pelancongan yg terkenal..disukai oleh kaki pancing, pengemar adventure, reakrasi dan perbagai aktiviti lain..
 Jgn Terkejut tau kat kenyir ni ada 14 belas air terjun..seperti Lasir , Tembat,  Saok,   Pertang (ini antara yg ter glamer la)
 

 unt pergi ke air terjun ni korng kena naik bot...kat jetty (pengkalan GAwi) banyak bot menanti, pilih dan bayar tambang ajer...air terjun yang bersih dan natural...kenapa? sbb air terjun kat sini terjaga dan mungkin unt ke sana terpaksa menaiki bot maka tak de la menerima kunjungan yg terlalu ramai so air terjun kat siini bersih dan cantik sgt. (air terjun kat sini diibaratkan cam anak dara la suci murni lagik).malahan kita boley mandi tanpa ganguan privasi sbb tak ramai pengunjung dlm satu masa..jd rasa berbaloi la bayar bot unt kesana..

malahan klu korang nak bermalam kat sana korng boleh bermalan di chalet2 dan resort2 berhampiran..banyak resort terapung dibina tau...
korng jugak ley memancing dgn menyewa bot atau pun pergi kepulau2 untuk memancing..mmg syurga bg kaki pancing kat sini sbb ikannya mmg besar2..malahan Kenyir juga adalah Lubuk ikan Tapah 
 


 
cerita pasal besar2 dan ikan...selain ikan Tapah Kenyir terkenal dgn ikan Tomannya..
aku sendiri pernah tgk dpn mata ikan Toman yg teramat besar,(sebesar kambing gitu la) pakcik tekong bot tu cakap Toman kat kenyir besar sbb adakala monyet2 kat tepi tasik tu pun dia ngap...tp dont worry kat sini selamat ikan2 kat sini terlampau besar sbb banyak hidupan lain didasar tasik unt mereka makan..
Ada juga penternakan ikan dlm sangkar unt korng lawati kat sini..
 Bagi yg nak camping or jungle traking, sila dptkan kebenaran Jabatan PErhilitan dlu...hutan kat Kenyir ni besar, Pulau banyak, Sungai bercabang2..mmg banyak khazanah yg korng ley jumpa..perkampungan orng asli, flora fauna, binatang hutan dan mcm 2 lagi la...percayakah korng lepas mandi air di Kenyir ni rambut korng jd lembut je....hehehhehe sbbnya air kat Kenyir ni air yg bersih dan mengalir dari sumber yg tak tercemar

Jika datang dgn keluarga boleh la korng beriadah kat sini..banyak aktiviti boleh dilakukan..unt kaki Golf pun boley main Golf kat sini...

Klu nak bercerita sepenuhnya pasal Tasik Kenyir ni dua or tiga EN3 tak abis ni..sbb terlalu banyak yg best ada di Kenyir...so korng boley ke sini unt maklumat selanjutnya, so ulasan serba sedikit yg aku bagi ni diharapkan dapat lah memberikan serba sedikit info unt korng ...so apa lagi jom rancang percutian ke Kenyir.... sekali datang mesti teringat ingat dan hati korng mesti meronta ronta nak pergi lagik..jom...KENYIR