Selain trademark negeri yg cantik dan banyak pantai, TRG juga terkenal dgn makanannya....sebut TRG mesti orng akan sebut NaSik (nasi) Dagang dan Ke'ppok (keropok) Lekor, bagi yg pernah merasa makanan ni mesti teringat-ingat..mesti nak makan lagikan?
Bukan korng je la yg teringat-ingat..aku yg merantau ni pun sentiasa terkenang2 dan kecur air lio, dulu masa aku merantau kat KL sampai sudah tak jumpa nasi dagang yg betui2 original..kenapa aku kata tak jumpa yg original?
majoriti nasi dagang yg terjual kat sana adalah nasi dagang Kelantan..apa bezanya....ha ramai tak tau yg nasi dagang TRG kuahnya berbeza dr yg Kelantan punya..nasi dagang ori TRG tidak menggunakan rempah KARI dlm kuahnya...so klu korng berangan nak buat nasi dagang n ternampak dlm resepi ada masukkan rempah kari that means tu bukan resepi ori (selalu aku tgk dlm resepi yg dlm buku2, soratkabar,tv, bg resepi yg ada rempah kari).Lagi satu korng kena tau yg kuah nasi dagang ni wajib guna ikang ayer (tongkol) tak de yang lain tau, kembung ke daging ke ayam ke semua tu tak ori...
bila dah merantau maka aku terpaksa la masak sendiri jika tingin nak makan or nak senang balik je ke TRG..nasi dagang yg glamer kat TRG ni boleh didapati di semua daerah tetapi yg paling top semestinya di Kuala Terengganu, Mak Ngah Nasi Dagang di Chendering, gerai2 makan di batu buruk...sepanjang jalan dari Marang ke Kuala TRG juga ada kedai2 makan yg menyediakan juadah ini..bukan sahaja sebagai sarapan pagi tp juga pada waktu malam juga nasi Dagang boleh ditemui. dengan erti kata lain kebanyakan gerai/kedai makan di TRG ni mesti ada menyediakan Nasi Dagang..tak payoh (susah) nak cari...tp klu aku la setiap kali balik TRG mesti aku cari nasi Dagang kat Batu Nang (Enam) kedai tu depan stesen minyak SHELL..klu nak makan tak boley pergi lambat2 tau sbb dalam kul 8 pagi dah sold out dah...tp klu korng dah sampai kat TRG ni tak payah susah ati nak pilih kat mn nak cr nasi Dagang yg sedap sbb majoriti mmg sedap beli je la kat mana pun...kalau nasib baik dapat cari yg berbungkus dlm daun pisang (bentuk kon) tp sekarng dah susah la nak jumpa sbb daun pisang dah digantikan dgn kertas pembalut.
Selain Nasi Dagang, ke'pok lekor (KEropok LEkor) juga sinonim dengan TRG. semestinya yg paling Top ialah keropok lekor Losong.
Losong adalah satu tempat didalam daerah kuala TRG,keropok lekor KAK YAH, PAk Su dan sebagainya di kawasan ni sepanjang jalan mmg ada tempat memjual ke'pok lekor ni. live depan mata lagi cara pembuatan ke'ppok lekor ni, panas dan berasap dan terus dibungkus..ramai kawan2 aku di luar TRG takut nak mkn ke'pok ni camtu jerks..sbb dorng takut tak masak..mesti dorng nak goreng dulu..dan berbuih jugak mulut aku nak explain kat dorng yg menda ni dah masak dan boleh dimakan terus..so unt pengatahuan korng proses membuat keropok ini bermula dari isi ikan yang ditumbuk bersama garam dan sedikit ais sehingga lumat, selepas itu diuli bersama tepung sagu dan direbus sehingga masak..so korang tak perlu ragu2 unt terus menikmati ke'pok ini tanpa perlu mengorengnya...selain Losong korng boleh menjumpai keropok ni dimana2 di TRG bermula dr Kemaman hingga ke Besut..
keropok lekor paling best dimakan waktu petang (bergoreng or camtu jerk) kena pulak dengan tea 'O pas tu mengadap pantai, dan jgn lupa cicah cukker (sos unt ke'pok ni) sos ke'pok TRG juga tak sama dgn temapt lain tau....arghhhhhhhh rinduuuuuuunya aku kat negeri aku ni.
sekian dulu catatan unt hari ini...aku akan menyusul lagi dengan makanan2 lain yg best2 dan juga tempat2 menarik dlm en3 lain...bye jupper(jumpa) lagi laing kali
1 comment:
tgk kepok lekor kt sini..teringin plk rse nk mkn kepok..rindunye kepok..bila dpt blik nie..kepok kt sini x syok kan..
Post a Comment