Followers

Sunday, June 27, 2010

BeSTttTT..SepaNjAnG JaLLanG Di TRG

Bukan nak ajak berjalang tau..jallang (jalan) so jgn silap tafsir...almaklum la TRG nikan terlebey G...okeh kali ni kt berkongi cerita sepanjang jalan di TRG..sempadan antara TRG dan Pahang adalah Kemaman..so bila anda masuk je ke negeri ulek mayang ni melalui Pahang anda akan melalui Kemaman...so bila sampai Kemamang (Kemaman) jgn luper singgah ke HAI PENG coffe house (Halal)

Bertempat di Chukai, Kemamang, tempat ni sentiasa penuh, walaupun namanya HAi PENG tp yg datng majoriti melayu. aku suka dia punya kopi dan roti bakar..
klu aku balik ke Kuala TRG mmg wajib singgah kat sini, selain bagus unt menyegarkan mata..mengeyangkan perut dan menghilangkan dahaga..so aku nak bagi tau korang yg WAJIB datang ke Hai PEng nih...sedap,murah, gerenti puas hati

Opsss lupa lakss...siang je tau, mlm closed..yela siang dorng letih layan pelanggan yg bertali arus so mlm nak rehat la kan..

on the way lagi anda akan melalui kawasan lemang...kat sini kiri kanan ada orng jual lemang tak kira siang mlm..harga pulak mmg murah..sbb biasa kau beli kat Key EL mahal..tak kira musim la raya ke tak raya ada je kat situ dijual lemang..singgah jgn tak singgah

dr Kemaman kita kan lalu pulak Kertih, Paka..ha tempat orng minyak (bukan yg jahat tu tau) ye la TRG kan negeri Petrolium..kat sini plak klu korng lalu pada waktu mlm korang akan menikmati satu pemandangan yg teramat indah...bukan nampak orng minyak yg pakai underwear tu tau!..korng akn nampak api yg menjulang tinggi dikawasan ini..lampu2 yg meriah sakan juga dapat dilihat di plant pemprosesan minyak ini..klu lalu pada waktu siang hanya sedikit api yg besar menjulang sahaja dpt dilihat..so cuba la lalu pada waktu mlm mesti tertawan





selepas melalui Kertih..anda akan masuk ke Dungun dan apabila sampai ke Merchang anda akan melalui kawasan menjual Jagung di Kg Pasir Putih..meriah tau kat sini kiri kanan jalan ada gerai2 kecil di mana setiap gerai ada menjual jagung,,yg fresh, direbus, di bakar..malahan ada juga kacang tanah rebus serta hasil2 kampung yg lain seperti madu..berhenti tau kat sini beli jgn tak beli..


Dah puas mkn jagung anda boleh truskan perjalananan dan depan sikit je lagi anda akan jumpa pulak pusat air nira..kenapa aku kata kat sini pusat air nira..sbb kat sini siap ada kilang pemprosesan air nira lagik...ops lupa area ni dinamakan Kelulut Marang..berderet la gerai2 jual air nira ni..seswai unt buat ilang mengantuk..ye la drive jauh2kan..mesti mata letih.
sepanjang perjalan yg dinyatakan tadi anda akan melihat pemandangan pantai yg tak berpenghujung..terutamana bila dah masuk area Marang..dekat je jln dgn pantai..mmg mencuci mata la sesangat..truskan perjalanan dlm masa 30 minit anda akan sampai ke Kuala TRG..

kita berhenti kat sini dulu..dan en3 ni akan bersambung dr Kuala TRG ke Besut lak..td kita dr Kemaman ke Kuala TRG..so nantikan key..i love my TRG, I Like My TRG..always n forever

2 comments:

MiJiE BLoG said...

waa..sume ade..a'ah mijie bru perasang..dari kemamang ke kuala terengganu. sume daerah ade bende menarik kang..bgs2..promote2..:)

sweetsal said...

waa...jalan2 cari makan jugak..bagus entri ni..tak pernah sampai lg TRG..suatu hari nak melawat sana pulak..